Thursday, September 16, 2010

Ketidakcekapan pentadbiran

   Ketidakcekapan pentadbiran ialah sebuah istilah yang menghuraikan tingkah laku pentadbiran yang disfungsi atau   yang menghalang pencapaian matlamat-matlamat organisasi. Disebabkan pentingnya tanggungjawab pengurusan di dalam sesebuah pertubuhan, keadaan kelam-kabut boleh diwujudkan oleh para pentadbir yang tidak mahir.Kesalahan pentadbiran boleh diakibatkan oleh ketidakcekapan para pengurus yang tidak tahu bagaimana menggalakkan orang lain walaupun penggalakan boleh memotivasi kakitangan,meningkatkan prestasi kerja mereka dan menjimatkan masa serta sumber-sumber yang sukar didapati.

 
Tingkah laku pentadbir yang disfungsi:
Contoh-contoh kekurangan  yang biasa dan berpotensi mengakibatkan kemusnahan termasuk:
  • Komunikator yang lemah: Pengurus yang tidak pandai menyatakan pendapatnya dengan jelas boleh mengakibatkan kekeliruan antara orang-orang bawahannya. Mereka seringnya bergantung kepada kata-kata yang hebat-hebat bunyinya untuk memberikan tanggapan berkomunikasi.
  • Bersikap suka menyendiri: Pengurus sebegini kelihatan dingin dan tidak mengambil kisah terhadap orang-orang bawahannya.
  • Ketidaktekalan; Tidak menggunakan kriteria-kriteria yang sama pada keadaan-keadaan yang sama.
  • Kepura-puraan: Seseorang pengurus yang berpura-pura seringnya menggunakan peraturan yang berbeza untuk keadaan yang sama; umpamanya, dia mungkin akan menggunakan satu set peraturan untuk tingkah laku sendiri, tetapi menggunakan peraturan yang berbeza sama sekali untuk pekerja-pekerja yang lain dalam keadaan yang sama.
  • Sifat pengecut: Mempunyai orang-orang bawahan yang lemah prestasinya tetapi tidak hendak mendampangi mereka kerana takut akan persengketaan.
  • Kecuaian kewajipan: Mempunyai orang-orang bawahan yang lemah prestasinya, tetapi memberikan penilaian prestasi yang baik untuk memudahkan pekerja-pekerja tersebut untuk dipindah ke bahagian yang lain.
  • Mementingkan diri: Pengurus yang mementingkan diri seringnya menjejaskan orang-orang bawahannya. Satu kelainan jenis pengurus ini ialah pengurus yang mengampu pengurus-pengurus kanan di dalam pertubuhan.
  • Suka berahsia: Sedangkan sesetengah maklumat memang tidak boleh diberikan pada waktu yang tidak wajar atau kepada sesetengah orang, para pengurus yang suka berahsia secara tabiat akan sentiasa menyembunyikan maklumat sebagai taktiknya untuk mengawal orang lain. In boleh menjejaskan kepercayaan.
  • Tumpuan kepada perkara remeh temeh: Sesetengah pengurus menggunakan mikropengurusan yang menjijikkan para pekerja yang lain kerana mempercayai bahawa para pekerjanya tidak cekap untuk membuat keputusan sendiri.
  • Tumpuan kepada rupa: Apabila seseorang pengurus lebih menekankan rupa tempat kerja, perkara-perkara yang lebih penting diabaikan.
  • Tumpuan kepada jangka pendek: Pengurus yang tidak menumpukan pada strategi menjadi mangsa kepada permintaan-permintaan semasa. Taktik padam api mungkin sesuai pada waktu kecemasan, tetapi akan mematahkan semangat orang-orang bawahan ketika ia dijadikan norma pengurus.
  • Keras kepala: Apabila sebagai peraturan am, dasar dan tatacara harus dipatuhi, pengurus yang tidak dapat mengubah fikirannya mungkin akan dilihat sebagai 'tidak peka' terhadap keperluan orang-orang yang lain.
  • Jangkaan yang tidak realistik: Pengurus ini mendesak bahawa sesuatu tugas disiapkan dengan peruntukan yang terlalu kecil, atau dalam tempoh yang terlalu singkat. Kekadangnya apabila pekerja menegaskan bahawa kekangan-kekangan adalah tidak realistik, mereka akan dibidas dan oleh itu, tidak akan mengemukakan pendapat mereka pada masa hadapan. In boleh memburukkan masalah, kerana sebarang keterlaluan tidak akan dilaporkan pada masa hadapan semasa merancang. Para orang bawahan pengurus jenis ini juga biasanya disalahkan apabila jangkaan pengurus tersebut tidak dapat dicapai.

 

No comments:

Post a Comment