Thursday, October 21, 2010

Loporan

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Rumah P.Ramlee,Sekolah Menengah Penang Free,Pulau Pinang


      Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Penang Free telah mengadakan satu lawatan ke rumah P.Ramlee pada 20 Ogos 1999.Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli dan tiga orang guru penasihat. Rombongan bertolak pada pukul 9.00 pagi dengan bas.

       Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli untuk melihat tempat kelahiran seniman agung ,iaitu P.Ramlee.Rumah P.Ramlee terletak dalam kawasan Kompleks Warisan Pustaka Seni ,Jalan Rawang ,Pulau Pinang.

       Sebelum lawatan ini taklimat telah diberikan oleh ketua pengiring Encik Hamdan Rahim.Antara perkara yang dibincangkan termasuklah bayaran sebanyak RM10 bagi setiap peserta,waktu bertolak,dan jadual lawatan.Beliau telah mengagihkan tugas kepada ahli jawatankuasa untuk menguruskan bas,pengambilan foto dan pelaporan.
     
        Rombongan mengambil masa satu jam untuk sampai ke rumah P.Ramlee.Rombongan disambut oleh seorang pegawai dari Pustaka Peringatan P.Ramlee di Setapak,Kuala Lumpur,Encik Jamal.Encik Jamal telah membawa kami melawat ruang pemeran dalaman rumah  P.Ramlee.Ruang pameran dalaman dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ruang P.Ramlee-Pengenalan dan Introduksi,Seni dan Sukan,Bilik Tidur, dan Dapur.

       Rombongan meneruskan lawatan dengan mengunjungi bilik tidur P.Ramlee.Bilik tidur seniman agung ini serba ringkas.Katil besi,peti besi pakaian,mejadan cermin yang telah digunakan oleh P.Ramlee masih dalam keadaan baik.Ada di kalangan ahli rombongan terperanjat melihat keadaan perabot seniman agung itu yang begitu ringkas.

       Di bahagian luaran,iaitu bahagian luar rumah P.Ramlee juga tidak kurang daya tarikannya.Barang yang menarik perhatian pengunjung ialah basikal antik P.Ramlee.Menurut Encik Jamal salah satu brek basikal yang terputus itu sebenarnya sengaja diputuskan oleh P.Ramleesupaya apabila ditekan brek nanti akan terhasil bunyi atau melodi yang terbaik untuk mencipta lagu.Pendek kata bunyi luar biasa ini dapat berfungsi sebagai ilham bagi seniman agung ini mencipta karyanya.

      Lawatan ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.Rombongan berasa bangga dengan keprihatinan dan pengiktirafan kerajaan terhadap seniman agung,P.Ramlee yang telah banyak berjasa dalam mengembangkan industri muzik dan perfileman melayu tanah air.Lawatan ini juga membuka mata ahli-ahli rombongan akan keadaan rumah orang dahulu.Sebelum meninggalkan rumah P.Ramlee rombongan telah bergambar dengan Encil Jamal sebagai kenangan.

Dilaporkan oleh,                                                                                                     20 Oktober 2000.
        geetha                          
(SANGEETHA A/P THIRU)
Setiausaha,
Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Penang Free.
                                     

Thursday, September 16, 2010

Prakata

   Saya merasa bangga dan gembira dengan terhasilnya tugasan yang di beri tajuk ‘Pengurusan Sumber Manusia. Tugasan ini memperlihat kepelbagaian tentang sumber manusia dalam sesuatu organisasi.
Tujuan utama saya memilih tajuk ini adalah kerana ia merupakan sebahagian daripada kajian yang harus dijalankan dalam pengurusan kerana pada masa sekarang semua urusan dilakukan dengan adanya pengurusan yang sistematik dan teratur.Malahan tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa masyarakat Malaysia khasnya generasi muda kurang prihatin tentang pengurusan ,bukan sahaja di tempat kerja malah di mana-mana tempat yang memerlukan pengurusan.Di dalam tugasan ini juga saya juga menyatakan tentang pengurusan sumber manusia dan lagi pembacaan serta menarik minat para pembaca.Tugasan ini hanya menyentuh sebahagian kecil sahaja dari aspek pengurusan sumber manusia,namun saya harap cetusan rasa ini dapat menyemai dan memupuk sifat membaca dan mempraktikkan oleh  para pembaca.








Mesyuarat

  Mesyuarat ialah sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat yang sah harus dihadiri dengan sebilangan ahli pertubuhan berkenaan seperti mana diperuntukan dalam tataurusan persatuann yang berkenaan. Pada lazimnya, kebanyakan pertubuhan akan menentukan kehadiran dua pertiga daripada ahlinya sebagai kuorum untuk mengesahkan mesyuarat. Mesyuarat yang gagal mencapai kehadiran ahlinya sebagaimana ditentukan oleh tataurusan persatuan, dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang mewakili pertubuhan berkenaan.

 Ciri-ciri mesyuarat

Mesyuarat bukan sekadar perbincangan, sebaliknya ia merupakan perbincangan yang memiliki ciri-ciri seperti di bawah:
  • Mesyuarat harus diadakan dan dikawal oleh seorang pengerusi. Lazimnya, pengerusi mesyuarat pada masa yang sama merupakan pengerusi dalam sesuatu pertubuhan.
  • Semua orang yang harus menghadiri mesyuarat akan dipanggil oleh seorang setiausaha. Pada lazimnya, bagi mesyuarat yang penting, notis akan dihantar kepada mereka yang terlibat dua minggu sebelum mesyuarat diadakan.
  • Semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat harus dicatat secara hitam putih oleh setiausaha.
  • Mesyuarat harus dijalankan menurut tatacara mesyuarat.

 Tatacara mesyuarat

Sebagai satu bentuk komunikasi yang formal, mesyuarat mempunyai tatacaranya yang tertentu. Setiap pertubuhan mempunyai tatacara mesyuaratnya yang tersendiri tetapi pada umumnya tatacara mesyuarat adalah seperti di bawah:

 Peringkat pra-mesyuarat

  1. Perancangan: Pengerusi merupakan orang yang merancang mesyuarat. Beliau akan menentukan apa yang harus dibincangkan dalam mesyuarat, tarikh, masa dan tempat mesyuarat diadakan.
  2. Pengumuman: Selepas peracangan mesyuarat telah siap maka pengumuman akan disiarkan kepada mereka yang terlibat. Pada lazimnya, pengumuman ini akan dilakukan melalui notis yang mengandungi butiran mengenai, tempat, masa dan tarikh mesyuarat, serta agenda mesyuarat(perkara yang akan dibincangkan).
  3. Persediaan: Selepas menerima notis, ahli terlibat harus bersedia untuk mesyuarat. Mereka harus menyediakan semua dokument yang diperlukan. Selain itu memikirkan apa yang harus dikemukan dalam mesyuarat.

 

Ketidakcekapan pentadbiran

   Ketidakcekapan pentadbiran ialah sebuah istilah yang menghuraikan tingkah laku pentadbiran yang disfungsi atau   yang menghalang pencapaian matlamat-matlamat organisasi. Disebabkan pentingnya tanggungjawab pengurusan di dalam sesebuah pertubuhan, keadaan kelam-kabut boleh diwujudkan oleh para pentadbir yang tidak mahir.Kesalahan pentadbiran boleh diakibatkan oleh ketidakcekapan para pengurus yang tidak tahu bagaimana menggalakkan orang lain walaupun penggalakan boleh memotivasi kakitangan,meningkatkan prestasi kerja mereka dan menjimatkan masa serta sumber-sumber yang sukar didapati.

 
Tingkah laku pentadbir yang disfungsi:
Contoh-contoh kekurangan  yang biasa dan berpotensi mengakibatkan kemusnahan termasuk:
  • Komunikator yang lemah: Pengurus yang tidak pandai menyatakan pendapatnya dengan jelas boleh mengakibatkan kekeliruan antara orang-orang bawahannya. Mereka seringnya bergantung kepada kata-kata yang hebat-hebat bunyinya untuk memberikan tanggapan berkomunikasi.
  • Bersikap suka menyendiri: Pengurus sebegini kelihatan dingin dan tidak mengambil kisah terhadap orang-orang bawahannya.
  • Ketidaktekalan; Tidak menggunakan kriteria-kriteria yang sama pada keadaan-keadaan yang sama.
  • Kepura-puraan: Seseorang pengurus yang berpura-pura seringnya menggunakan peraturan yang berbeza untuk keadaan yang sama; umpamanya, dia mungkin akan menggunakan satu set peraturan untuk tingkah laku sendiri, tetapi menggunakan peraturan yang berbeza sama sekali untuk pekerja-pekerja yang lain dalam keadaan yang sama.
  • Sifat pengecut: Mempunyai orang-orang bawahan yang lemah prestasinya tetapi tidak hendak mendampangi mereka kerana takut akan persengketaan.
  • Kecuaian kewajipan: Mempunyai orang-orang bawahan yang lemah prestasinya, tetapi memberikan penilaian prestasi yang baik untuk memudahkan pekerja-pekerja tersebut untuk dipindah ke bahagian yang lain.
  • Mementingkan diri: Pengurus yang mementingkan diri seringnya menjejaskan orang-orang bawahannya. Satu kelainan jenis pengurus ini ialah pengurus yang mengampu pengurus-pengurus kanan di dalam pertubuhan.
  • Suka berahsia: Sedangkan sesetengah maklumat memang tidak boleh diberikan pada waktu yang tidak wajar atau kepada sesetengah orang, para pengurus yang suka berahsia secara tabiat akan sentiasa menyembunyikan maklumat sebagai taktiknya untuk mengawal orang lain. In boleh menjejaskan kepercayaan.
  • Tumpuan kepada perkara remeh temeh: Sesetengah pengurus menggunakan mikropengurusan yang menjijikkan para pekerja yang lain kerana mempercayai bahawa para pekerjanya tidak cekap untuk membuat keputusan sendiri.
  • Tumpuan kepada rupa: Apabila seseorang pengurus lebih menekankan rupa tempat kerja, perkara-perkara yang lebih penting diabaikan.
  • Tumpuan kepada jangka pendek: Pengurus yang tidak menumpukan pada strategi menjadi mangsa kepada permintaan-permintaan semasa. Taktik padam api mungkin sesuai pada waktu kecemasan, tetapi akan mematahkan semangat orang-orang bawahan ketika ia dijadikan norma pengurus.
  • Keras kepala: Apabila sebagai peraturan am, dasar dan tatacara harus dipatuhi, pengurus yang tidak dapat mengubah fikirannya mungkin akan dilihat sebagai 'tidak peka' terhadap keperluan orang-orang yang lain.
  • Jangkaan yang tidak realistik: Pengurus ini mendesak bahawa sesuatu tugas disiapkan dengan peruntukan yang terlalu kecil, atau dalam tempoh yang terlalu singkat. Kekadangnya apabila pekerja menegaskan bahawa kekangan-kekangan adalah tidak realistik, mereka akan dibidas dan oleh itu, tidak akan mengemukakan pendapat mereka pada masa hadapan. In boleh memburukkan masalah, kerana sebarang keterlaluan tidak akan dilaporkan pada masa hadapan semasa merancang. Para orang bawahan pengurus jenis ini juga biasanya disalahkan apabila jangkaan pengurus tersebut tidak dapat dicapai.

 

Kajian organisasi dan pengurusan sumber manusia

   Birokrasi  ialah sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki dan hubungan tidak peribadi.Contoh birokrai ialah kerajaan,angkatan bersenjata,perbadanan hospital,mahkama,kementerian dan sekolah.
   Perkataan "birokrasi" berasal daripada perkataan "biro" yang digunakan pada awal abad ke-18 di Eropah Barat, bukan untuk merujuk kepada meja tulis tetapi untuk pejabat, iaitu tempat bekerja. Maksud bahasa Perancis yang asal bagi perkataan biro ialah baize yang digunakan untuk melitupi meja-meja. Istilah "birokrasi" bermula digunakan tidak lama sebelum Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan dari sini, tersebar dengan pantas ke negara-negara yang lain. Akhiran bahasa Greek iaitu kratia atau kratos yang  bermaksud "kuasa" atau "pemerintahan". Oleh itu, "birokrasi" pada dasarnya bermaksud kuasa pejabat atau pemerintahan pejabat, iaitu pemerintahan golongan pegawai.

    Bagaimanapun, birokrasi telah lama wujud sebelum perkataan-perkataan dan teori-teori ini direka untuk memberikan pemerihalan yang terperinci. Umpamanya, Dinasti Song China(960)membina sebuah birokrasi terpusat yang dianggotai oleh pegawai-pegawai awam daripada golongan cendekiawan. Sistem pemerintahan ini menyebabkan penumpuan kuasa yang lebih berkesan di tangan maharaja dan birokrasi istana berbanding yang dapat dicapai oleh dinasti-dinasti terdahulu.



Wednesday, September 15, 2010

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: Maksud pengurusan

Strategi bagi meningkatkan komitmen pekerja dalam organisasi

   Adalah jelas bahawa organisasi anda harus menggunakan strategi bagi setiap perkara berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. Selain daripada yang telah dinyatakan perkara-perkara yang lain juga harus diuruskan seperti membuat perancangan dengan tujuan meningkatkan motivasi pekerja dalam urusan setiap hari,mengurus secara sistematik segala perkara berhubungkait dengan hal ehwal bakal pesara dengan tujuan memperkukuhkan imej "majikan pilihan". Selain itu memberi kemudaan perubatan yang munasabah untuk menjaga kesihatan pekerja dan tanggungan agar pekerja dapat menumpahkan segala tenaga dan masa dalam menjalankan tugas dan memberi serta mengurus cuti dan kemudahan lain secara berkesan untuk mengelakkannya daripada menjadi sumber pertikaian di antara organisasi dan pekerja.

 


   Pengurusan sumber manusia menggunakan strategi di dalam perkara tersebut. Pengurusan sumber manusia bermula pada masa pengambilan pekerja, dan seterusnya penyediaan insentif yang memberi motivasi kepada pekerja agar mereka akan lebih komited kepada organisasi dan terus kekal dalam perkhidmatan sehingga bersara.