Thursday, October 21, 2010

Loporan

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Rumah P.Ramlee,Sekolah Menengah Penang Free,Pulau Pinang


      Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Penang Free telah mengadakan satu lawatan ke rumah P.Ramlee pada 20 Ogos 1999.Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli dan tiga orang guru penasihat. Rombongan bertolak pada pukul 9.00 pagi dengan bas.

       Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli untuk melihat tempat kelahiran seniman agung ,iaitu P.Ramlee.Rumah P.Ramlee terletak dalam kawasan Kompleks Warisan Pustaka Seni ,Jalan Rawang ,Pulau Pinang.

       Sebelum lawatan ini taklimat telah diberikan oleh ketua pengiring Encik Hamdan Rahim.Antara perkara yang dibincangkan termasuklah bayaran sebanyak RM10 bagi setiap peserta,waktu bertolak,dan jadual lawatan.Beliau telah mengagihkan tugas kepada ahli jawatankuasa untuk menguruskan bas,pengambilan foto dan pelaporan.
     
        Rombongan mengambil masa satu jam untuk sampai ke rumah P.Ramlee.Rombongan disambut oleh seorang pegawai dari Pustaka Peringatan P.Ramlee di Setapak,Kuala Lumpur,Encik Jamal.Encik Jamal telah membawa kami melawat ruang pemeran dalaman rumah  P.Ramlee.Ruang pameran dalaman dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ruang P.Ramlee-Pengenalan dan Introduksi,Seni dan Sukan,Bilik Tidur, dan Dapur.

       Rombongan meneruskan lawatan dengan mengunjungi bilik tidur P.Ramlee.Bilik tidur seniman agung ini serba ringkas.Katil besi,peti besi pakaian,mejadan cermin yang telah digunakan oleh P.Ramlee masih dalam keadaan baik.Ada di kalangan ahli rombongan terperanjat melihat keadaan perabot seniman agung itu yang begitu ringkas.

       Di bahagian luaran,iaitu bahagian luar rumah P.Ramlee juga tidak kurang daya tarikannya.Barang yang menarik perhatian pengunjung ialah basikal antik P.Ramlee.Menurut Encik Jamal salah satu brek basikal yang terputus itu sebenarnya sengaja diputuskan oleh P.Ramleesupaya apabila ditekan brek nanti akan terhasil bunyi atau melodi yang terbaik untuk mencipta lagu.Pendek kata bunyi luar biasa ini dapat berfungsi sebagai ilham bagi seniman agung ini mencipta karyanya.

      Lawatan ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.Rombongan berasa bangga dengan keprihatinan dan pengiktirafan kerajaan terhadap seniman agung,P.Ramlee yang telah banyak berjasa dalam mengembangkan industri muzik dan perfileman melayu tanah air.Lawatan ini juga membuka mata ahli-ahli rombongan akan keadaan rumah orang dahulu.Sebelum meninggalkan rumah P.Ramlee rombongan telah bergambar dengan Encil Jamal sebagai kenangan.

Dilaporkan oleh,                                                                                                     20 Oktober 2000.
        geetha                          
(SANGEETHA A/P THIRU)
Setiausaha,
Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Penang Free.