Wednesday, September 15, 2010

Cara terkini dan cabaran dalam pengurusan organisasi

Cara Terkini Dalam Pengurusan Tenaga Pekerja

      Cara pengurusan tenaga pekerja mengikut cara lama iaitu pengurusan personel, sebenarnya telah berlalu. Tetapi banyak lagi bilangan organisasi yang menggunakan cara lama ini.

Cara ini adalah seperti "memadam api" di mana tindakan akan diambil apabila masalah timbul atau sesuatu perkara telahpun berlaku.Cara baru memerlukan penggunaan strategi dalam pengurusan sumber manusia.Di bawah ini,tindakan atau keputusan diambil secara proaktif iaitu langkah -langkah diambil sebelum sesuatu perkara atau masalah berlaku.



       Setiap aktiviti pengurusan tenaga pekerja dikaitkan dengan pencapaian matlamat organisasi.

Tenaga manusia telahpun diterima sebagai "partner" dalam menjalankan aktiviti-aktiviti organisasi.

Ulrich menyatakan bahawa semua pakar sumber manusia memainkan peranan rakan strategik apabila mereka mempunyai kebolehan mewujudkan strategi perniagaan komersial.


     Organisasi  perlu peka ke atas keperluan setiap pekerja di jabatan sumber manusia. Mereka harus memajukan kebolehan atau pengetahuan di dalam perniagaan, berorientasi kepada pelanggan dan dapat mengaitkan strategi perniagaan dengan dasar dan amalan pengurusan sumber manusia.

Cabaran kepada Pengurusan Organisasi


   Jika anda berkedudukan yang sama, pengetahuan tentang implikasi isu-isu tenaga pekerja harus diperolehi.

Peningkatan keuntungan perlu dicapai melalui peningkatan produktiviti pekerja. Tugas-tugas pekerja perlu diurus secara strategik agar ia dapat menyumbangkan kepada kejayaan organisasi.

Tenaga pekerja dapat meningkatkan daya saing organisasi anda jika pengurusan strategik digunakan.

Penyumbangan anda kepada kejayaan organisasi disekat sekiranya pengurusan kanan tidak bersedia untuk menerima pengurusan sumber manusia sebagai salah satu penyumbang utama kepada sukses dan keuntungan organisasi.

No comments:

Post a Comment